MAKNA SAHABAT MENURUT RASULULLAH SAW.
“Sebaik baik sahabat di
sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik
jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis
riwayat al-Hakim)
Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di
antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh
sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa
tidur.” (Hadis riwayat Muslim)
“Seorang Muslim adalah saudara
muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan
(kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu
teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama,
melihat gerak-gerinya teringat mati.”
Banyak sekali hadis-hadis
tentang kawan/sahabat ini. Ada pula pepatah Melayu mengatakan,
“Berkawan biar seribu, berkasih biar satu.” Saya lebih selesa dengan
berkawan biar berpada jumlahnya, lihat kualiti, bukan kuantiti. Dan
berkasih jangan cuma satu saja, kalau mampu, biar ramai. Kasihkan Allah,
Rasul-Nya, pasangan (suami/isteri) , anak-anak, keluarga, kaum kerabat,
jiran dan juga kawan atau sahabat. Baru betul! Tak gitu?
Allah
SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu
juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari
berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak
suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap
ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada
berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT yang
bermaksud,
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu
dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu
berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan
beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling
mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di
antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
(surah al-Hujurat [049] ayat 13)
Dalam Islam, faktor memilih
kawan amat dititik-beratkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang
sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk
personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan
berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak
muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.” (Surah at-Taubah, ayat 119)
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika
salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari
dengan hadis Rasululah SAW yang bermaksud,
“Seseorang itu
adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu
meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti
(berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak
wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya
mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda
atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
Apakah
ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Nasihat yang boleh diikuti dalam
membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat
Rasulullah SAW) kepada anaknya,
“Wahai anakku, sekiranya
engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah
engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”
1 -
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri
kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi
keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau
menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka
menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada
dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
3 – Pilihlah
seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan
jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan
dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan
dirimu ia suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau
meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia
mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang
menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta
menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia
suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau
engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka
mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah
untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah
memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk
memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu
berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi
kawan juga boleh menjahanamkan kita. Setelah kita dewasa, kita juga
perlu berhati-hati memilih kawan kerana kita tidak mahu kawan-kawan yang
melalaikan kita terhadap Maha Pencipta. Kawan yang baik membantu kita
ke arah pencapaian matlamat, iaitu kebahagiaan di dunia dan juga di
akhirat. Kawan yang tidak baik hanya membantutkan usaha kita ke arah
itu.
Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, “Jangan berkawan dengan
seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal
kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis
yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya,
kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati
sebagai kawan (teman).”
Sufyan Astsaury berkata, “Siapa yang
bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti
mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka
kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula.”
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:
1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan
meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
2.
Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal
lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan
kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak
sanggup.
3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu
lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal
yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji
dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
4. Sahabat pemboros
dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka
berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke
tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
Ali bin Abi Thalib r.a. berkata,
“Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”
Kemungkinan engkau berbuat kekeliruan (dosa), maka ditampakkan kepadamu
segala kebaikan, oleh kerana persahabatanmu kepada orang yang jauh
lebih rendah akhlak (iman) daripadamu.
Sebaik-baik sahabat
Dan sekiranya engkau berkawan seorang ***** yang tidak menurutkan hawa
nafsunya, lebih baik daripada berkawan dengan orang alim yang selalu
menurutkan hawa nafsunya. Maka ilmu apakah yang dapat digelarkan bagi
seorang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya itu, sebaliknya
ke*****an apakah yang dapat disebutkan bagi seorang yang sudah dapat
mengekang (menahan) hawa nafsunya.
Bagaimana akan dinamakan
*****, seorang yang telah dapat menahan dan mengekang hawa nafsunya,
sehingga membuktikan bahawa semua amal perbuatannya hanya semata-mata
untuk keredhaan Allah SWT dan bersih dari dorongan hawa nafsu.
Sebaliknya, apakah erti suatu ilmu yang tidak dapat menahan atau
memimpin hawa nafsu dari sifat kebinatangan dan kejahatannya.
Dalam sebuah hadis ada keterangan : “Seorang itu akan mengikuti
pendirian sahabat karibnya, kerana itu hendaknya seseorang itu
memperhatikan, siapakah yang harus dijadikan kawan.”
Menurut
ahli syair pula : “Sesiapa bergaul dengan orang-orang yang baik, akan
hidup mulia. Dan yang bergaul dengan orang-orang rendah akhlaknya, pasti
tidak mulia.”
Bersahabat dengan yang lebih rendah budi dan
imannya sangat berbahaya, sebab persahabatan itu saling
pengaruh-mempengaru hi, percaya-mempercayai sehingga dengan demikian
sukar sekali untuk dapat melihat datu memperbaiki kesalahan sahabat yang
kita sayangi, bahkan kesetiaan sahabat akan membela kita dalam
kesalahan dosa kekeliruan itu, yang dengan itu kita pasti akan binasa
kerananya.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh
menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT
untuk mencari redha-Nya.